lee Pictures, Images and Photos
Lee Chong Wei memegang rekod tak tertaklukan di semua turnamen selama tiga tahun, dari 2004 sampai 2006 dan kemenangan lain pada tahun 2008. Ia pernah menaklukan juara dunia, Lin Dan dan Taufik Hidayat

Sunday, April 18, 2010


:)

Saturday, April 10, 2010

Majulah Malaysia.

Dalam projek Khidmat Masyarakat kami telah memilih tajuk "membina laman web mempromisikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang."

dibawah merupakan gambar ahli-ahli kumpulan kami.


Pusat seni



Industri Membuat kraftangan

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan di Malaysia selalunya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan. Industri membuat kraftangan sering menarik pelancong asing ke negara Malaysia.




Dari kiri ke kanan :Batik tulis batik skrin batik celup


Membuat batik

Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kataJawa "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.Teknik Batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria.Batik telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu,dan sejak lama yang merangkumi negara ASEAN.



batik moden


Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.





Hasil seni pengukiran kayu.



Alat yang digunakan untuk mengukir.

Mengukir kayu
Ramai di antara mereka kreatif mengukir patung-patung yang dibuat daripada kayu. Ukiran mereka berbentuk dewa-dewa , manusia , alam flora dan fauna. Objek yang cukup menghiburkan ialah patung anak kera yang bergayut pada emaknya. Patung-patung ini mendapat pengiktirafan UNESCO.



Pusat Muzik

Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnyaTeuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Sudirman Hj Arshad (25 Mei1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorangpenyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagaiPenghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.

Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar (lahir 2 Julai 1953) adalah seorang penyanyi tersohor yang dikenali sebagai Biduanita Negaradi Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970-an lagi, sebelum kehadiranSudirman Hj Arshad dan DatukSiti Nurhaliza. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Qurandah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor. Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah .

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.


Zaiton Sameon seorang penyanyiyang mencipta nama apabila menjuarai juara lagu 1987 dengan lagunya Menaruh Harapan ciptaanA.Ali, lirik oleh Habsah Hasan.
Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan yang turut meragut nyawa anaknya yang berusia 6 tahun di Kuala Ketil, Kedah pada 21 Februari 1990. Beliau telah tidak sedarkan diri selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Lagu lagu nyanyian Zaiton Sameon ialah Menaruh Harapan,Kabut Serangkai Mawar ciptaan M Nasir dan Berendam Air Mata




Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonyaserta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.

Beliau mula menempa nama sebagai artis yang mencapai jualan berbilang platinum, semenjak menjuarai Bintang HMI 1995 pada usia 16 tahun apabila beliau ditawarkan kontrak rakaman dari empat syarikat rakaman antarabangsa. Single pertamanya, "Jerat Percintaan" dari album sulungnya menjadi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-10 di samping merangkul dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Kategori Balada.
Selain bidang nyanyian, Siti dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terhandal di Malaysia. Beliau mengungguli 'Richest Artistes' in Malaysia[7]. Beliau ialah seorang jutawan dalam industri hiburan Asia Tenggara yang nilainya mencecah RM 50 juta.





Pusat sukan

Malaysia juga sering memengangi pingat dalam sukan dunia walaupun bersaiz kecil . Oleh it , malaysia telah menjadi daya tarikan negara asia asia yang lain kerana kecemerlangan negara dalam bidang sukan .




Sejarah kecemerlangan Malaysia di Olimpik

MELBOURNE 1956
Pasukan hoki pertama kali menyertai sukan Olimpik serta atlet olahraga, renang, angkat berat dan menembak. Pasukan hoki negara beraksi cemerlang pada peringkat kelayakan, tewas sekali tetapi hanya menamatkan kejohanan di tempat kesembilan dari 12 pasukan.


TOKYO 1964
Datuk Dr. M. Jegathesan menjadi atlet Malaysia yang pertama layak ke pusingan separuh akhir acara 200 meter. Dalam saringan kelima di pusingan pertama, dia mencatat masa 20.92 saat dan masih merupakan rekod Malaysia sehingga kini.

MUNICH 1972
Buat pertama kali dalam sejarah pasukan bola sepak Malaysia yang dibarisi oleh M. Chandran, Soh Chin Aun, Wong Kam Fook, Shaharuddin Abdullah, Wong Choon Wah, Namat Abdullah, Lim Fung Kee, Ali Bakar, pasukan bola sepak kebangsaan layak ke Sukan Olimpik buat kali kedua di Moscow 1980, tetapi tidak mengambil bahagian kerana Malaysia memulau sukan tersebut.

BARCELONA 1992
Adik-beradik Sidek, Razif dan Jalani mencipta sejarah menjadi pemenang pingat Olimpik pertama selepas memenangi pingat gangsa.

ATLANTA 1996
Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock memastikan pingat gangsa untuk negara selepas mara ke perlawanan separuh akhir acara badminton.

SYDNEY 2000
Lee Wan Yuen menjadi atlet taekwondo pertama negara layak di sukan Olimpik apabila ia pertama kali diperkenalkan di Sydney tetapi tewas kepada atlet Perancis, Myriam Baverel 4-8 di pusingan pertama kategori 67 kilogram wanita.

ATHENS 2004
Lim Keng Liat menjadi perenang pertama negara mara ke peringkat separuh akhir dengan mencatat masa kelapan terpantas 55.22 saat dalam acara kuak lentang lelaki. Pelumba basikal acara trek Josiah Ng turut layak ke akhir tetapi menduduki tempat kelima.


Pusat Pendidikan.

Kecemerlangan Institusi Pendidkan
Sejak merdeka, sistem pendidikan negara telah berkembang pesat dan pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan. Pembaharuan ini berjaya menghasilkan sejumlah sekolah, kolej matrikulasi dan maktab perguruan yang cemerlang dan mampu melahirkan modal insan yang diperlukan negara.

Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah, terdapat SK, SJKC dan SJKT. Pada peringkat menengah pula, terdapat SBP, SMT, SMKA, Sekolah Model Khas dan SMK Harian.

Dalam kalangan sekolah-sekolah ini pula terdapat sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Premier, sekolah yang mempunyai tradisi yang panjang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah-sekolah di dalam persekitaran yang strategik serta mempunyai infrastruktur yang baik seperti sekolah-sekolah di dalam kejiranan Putrajaya dan Cyberjaya. Di samping sekolah-sekolah ini, KPM juga mengadakan sekolah khusus untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengah termasuk SMPKV. Selain sekolah KPM, terdapat juga sekolah yang dikendalikan oleh agensi lain seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.


PUSAT PELANCONGAN

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian keindahan dan keunikan alamnya. Kerajaan sedang meningkatkan usaha untuk mengekalkan kecantikan dan keunikan yang ada di Malaysia bagi menarik pelancong di dalam dan luar negara. Malaysia memiliki banyak tempat-tempat yang menarik, diantaranya ialah Pulau Sipadan, Pulau Langkawi yang terkenal dengan cerita lagenda Mahsuri,Melaka bandar bersejarah, Putrajaya, dan sebagainya.



PUSAT MAKANAN HALAL

Malaysia ialah pusat makanan halal. Disebabkan agama rasmi Malaysia ialah agama islam, malaysia telah menjadi pusat pengeluaran makanan halal serantau. Ini dapat dilihat melalui usaha kerajaan mempertingkat usaha pengeluaran makanan halal, mempromosikan makanan halal dengan cara pameran dan bazar. Selain itu, kerajaan juga mempertingkatkan pemantauan dalam pengeluaran makanan halal ini agar dapat menjamin kepercayaan pengguna
.






MALAYSIA SEBAGAI PUSAT WARISAN BUDAYA

Malaysia kaya dengan pelbagai warisan budaya. Budaya monument, pakaian tradisional dan tarian kebudayaan. Warisan budaya ialah satu aspek yang amat berharga dalam mengekalkan jati diri bangsa. Warisan budaya merupakan milik masyarakat yang perlu dijaga dan dipelihara. Warisan budaya tidak harus dilihat dari segi aspek kesenian dan kebudayaan sahaja kerana apa-apa yang ditinggalkan atau warisan oleh nenek monyang kita lebih besar daripada itu.

Pihak kerajaan telah mewujudkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan bagi memelihara, memulihara dan mewariskan budaya Malaysia kepada generasi akan datang.

Peranan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengekalkan budaya negara ialah;





  • JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN - Merancang, mengumpul dan mengedar bahan dan infomasi seni dan budaya

  • JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA - Memelihara bahan-bahan arkib seperti memorial Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.
  • AKEDEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN - Pusat pengajian kesenian, kebudayaan dan warisan.

  • JABATAN MUZIUM - Pusat sumber warisan budaya.

  • JABATAN WARISAN BUDAYA - Mengubal akta, mengumpul dekumentasi, menyelidik, memelihara dan membangunkan warisan.

  • ISTANA BUDAYA - Mementaskan seni persembahan ( teater, tarian, muzik)


  • PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MELAYSIA (FINAS) - Membangunkan industri perfileman negara


  • BALAI SENI LUKIS NEGARA - Mengumpul, memelihara, memulihara, mempamerkan, dan memupuk kesedaran serta penghayatan seni kepada seluruh masyarakat.



Cara yang paling efektif dalam memertabatkan warisan budaya Malaysia melalui mempromosikannya. cara -cara mempromosikan ialah menganjurkan pelbagai pameran, mengadakan forum, memberikan ceramah, menyediakan poster,membina papan iklan, menyediakan dan mengedarkan risalah. menghasilkan dokumentasi, mengajur lawatan kebudayaan dan festival kebudayaan dan program pertukaran belia antarabangsa.


  • mengadakan program pertukaran budaya

  • menganjurkan pertandingan kebudayaan

  • mengadakan kempen Tahun melawat Malaysia

  • menghasilkan bahan-bahan kebudayaan elektronik

Saturday, March 6, 2010

Pengenalan Malaysia



Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.




Semenanjung Malaysia: (dari kiri ke kanan)

Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.


Malaysia Timur:

Sarawak dan Sabah.